Pengamal media diingatkan beli polisi insurans

0

Ia bagi keselamatan nyawa, kesihatan dan melindungi diri mereka serta keluarga pada waktu kecemasan

// Oleh Henrietta Liza //

GERAN: Presiden SPPA Mohd Razi Bujang (empat kiri) menerima cek daripada Fatimah (lima kanan) ditemani rakan pengamal media yang lain di Kuching, kelmarin.

GERAN: Presiden SPPA Mohd Razi Bujang (empat kiri) menerima cek daripada Fatimah (lima kanan) ditemani rakan pengamal media yang lain di Kuching, kelmarin.

KUCHING:Pengamal media diingatkan untuk membeli polisi insurans bagi keselamatan nyawa, kesihatan dan melindungi diri mereka serta keluarga pada waktu kecemasan.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Masyarakat Datuk Fatimah Abdullah memberi peringatan tersebut kerana mengetahui bidang tugas wartawan dan jurugambar media di negeri ini amat mencabar dan berisiko tinggi.

“Tugas sebagai seorang wartawan dan jurugambar amat berisiko tinggi dan kadang-kadang mereka membuat liputan sehingga lewat malam dan ada juga yang ditimpa kemalangan sewaktu bertugas atau balik dari bertugas.

“Dengan itu, saya menyarankan agar wartawan dan jurugambar SSPA membeli pegangan polisi insurans bagi melindungi diri dan ahli keluarga.

“Sekiranya anda menerima rawatan di hospital terdapat insurans yang membantu membayar rawatan dan memberi elaun selain membantu apabila kehilangan nyawa sahaja,” katanya ketika berucap pada Majlis Kesyukuran Kemenangan Penaung Persatuan Jurugambar Media Sarawak (SPPA) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu di sini, kelmarin.

Justeru, beliau turut menyerahkan geran sebanyak RM3,000 kepada SPPA untuk membeli insurans permulaan berkenaan.

Fatimah turut berjanji akan memberi geran tambahan sekiranya diperlukan kemudian.

Pengamal media tegasnya, memainkan peranan yang besar dalam kalangan masyarakat untuk menyebarkan maklumat dan inti pati aktiviti yang dijalankan oleh kerajaan.

Beliau sendiri menyatakan penghargaan kepada pengamal media berbahasa Inggeris, Malaysia dan Mandarin kerana sering memaparkan aktiviti turun padang beliau ke kawa-san dan di sini.

Ekoran itu, Fatimah melihat kerjasama strategik di antara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), SPPA dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak perlu dikekalkan.

“Rakyat kini menghormati anggota JBPM kerana mengetahui pengorbanan dan tugas yang dimainkan oleh anggota yang sememangnya sinonim dengan memadam api, menyelamatkan nyawa dan ketika berlakunya musibah.

“Imej dikaca mata orang awam JBPM yang bekerja tidak kira waktu dan menjalankan kerja menyelamat dengan cepat dan efisien, membolehkan JBPM baru-baru ini telah diberi Anuge-rah Jabatan Ketua Menteri Kategori Emas.

“Rakan strategik media dan JBPM membina imej yang baik bagi pihak jabatan dan masyarakat akan tahu bagaimana tugas sebenar pihak bomba yang amat mencabar dan berisiko tinggi,” tambahnya.

Pada masa yang sama, Fatimah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat, berkata beliau memenangi undian sebanyak 7,107 serta mendapat undian ketiga paling popular bagi Barisan Nasional (BN) pa-da PRN lalu.