SUKMA XVIII: Sarawak diyakini mampu capai sasaran

0
TAKLIMAT: Abdul Karim ketika taklimat bersama pengurus-pengurus pasukan kontinjen SUKMA Sarawak di Kuching semalam.

TAKLIMAT: Abdul Karim ketika taklimat bersama pengurus-pengurus pasukan kontinjen SUKMA Sarawak di Kuching semalam.

KUCHING: Sarawak diyakini mampu merealisasikan sasaran pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-18 Sarawak 2016.

Menteri Muda Belia dan Sukan, Datuk Abdu Karim Rahman Hamzah berharap agar kontinjen Sarawak dapat mencapai sasaran 72 pingat emas sekali gus menjuarai secara keseluruhan temasya tersebut.

“Sasaran sudah diberi iaitu 72 pingat emas, jadi saya percaya anda boleh melakukan yang lebih baik daripada apa yang disasarkan.

“Itul ah yang negeri (Sarawak) mahu l ihat , agar kita mampu mencapai sasaran,” katanya semasa menghadiri taklimat persiapan Kontinjen SUKMA 2016 Sarawak ber sama pengurus pasukan di sini semalam.

Dalam perjumpaan tersebut, Abdul Karim berkata ia bertujuan mengetahui perkembangan persiapan pasukan bertanding pada SUKMA 2016.

Beliau yang juga ‘Chef De Mission’ Sarawak baharu menjelaskan pihaknya menerima maklum balas daripada setiap pasukan.

“Menerusi perjumpaan ini kita dapat mengenal pasti isu atau masalah yang dihadapi oleh setiap pasukan.

“Malah kita akan berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka dalam kadar segera,” katanya.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak, Dr Ong Kong Swee, Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Perpaduan Kameri Affendi dan Ahli Lembaga Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak, Datuk Patrick Liew.