Penyertaan pertandingan bola sepak Piala Perpaduan Sambir kini dibuka

0

KUCHING: Pasukan-pasukan bola sepak tempatan dipelawa menyertai Kejohanan Bola Sepak Kampung Sambir 2015 edisi ke-50 bagi merebut Piala Perpaduan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah yang akan bermula pada Hari Raya Ketiga.

Seperti edisi sebelumnya, kejohanan bola sepak yang mula diperkenalkan pada 1967 itu akan berlangsung di venue tradisinya padang bola sepak Kampung Sambir, Asajaya.

Pasukan yang pernah menyertai Kejohanan Bola Sepak Terbuka Kampung Sambir dialu-alukan untuk mengambil bahagian pada kejohanan tersebut dengan cabutan undi akan bermula pada 2 Julai (Ahad) hingga hari raya kedua.

Yuran penyertaan dikenakan sebanyak RM200 bagi setiap pasukan.

Hadiah lumayan berupa wang tunai ber jumlah RM5,000, piala pusingan, piala iringan dan medal menanti pemenang bergelar sang juara.

Tempat kedua bakal meraih wang tunai RM4,000, piala iringan dan medal manakala tempat ketiga bersama RM2,000 dan piala iringan.

Turut menjadi rebutan ialah hadiah ganjaran untuk pasukan dan pemain terbaik kejohanan.

Pertanyaan lanjut boleh menghubungi Pengerusi Kejohanan, Zawawi Keri (014- 5886000), Hamzah Ameran (019-4387151) dan Jalek Jaafar (014-5786767).