Pemain Liberia cuba nasib

0

David tidak minat ambil pemain tempatan luar, beri peluang anak jati

// Oleh Harry Ilias //

LATIHAN: Barisan pemain Sarawak memanaskan badan sebelum memulakan sesi latihan.

LATIHAN: Barisan pemain Sarawak memanaskan badan sebelum memulakan sesi latihan.

KUCHING: Jurulatih interim skuad Sarawak, David Usop tidak berminat untuk mengambil pemain tempatan dari luar sebaik jendela perpindahan pemain dibuka pada 20 Jun dan berakhir 19 Julai depan.

Sebaliknya, beliau mahu memberi peluang kepada pemain-pemain tempatan Sarawak khususnya pemain-pemain muda yang mewakili skuad Piala Presiden.

Menurut David, ramai pemain tempatan dari beberapa pasukan yang bersaing dalam Liga Super dan Liga Perdana menyatakan minat untuk menyertai Sarawak sebaik jendela perpindahan dibuka nanti.

“Saya tidak memikirkan perkara itu kerana merasakan pemain-pemain tempatan (Sarawak) sedia ada dalam pasukan setanding dengan mereka.

“Untuk mengambil pemain- pemain import tempatan lain pada sesi perpindahan nanti memang tiada dalam perancangan kita kerana fokus utama hanya mahu mencari pengganti Davide Grassi sahaja,” katanya ketika mengulas perkara itu di sini semal-am.

Beliau turut menjelaskan, pemain-pemain dari skuad pelapis (Piala Presiden) juga boleh memain-kan peranan mereka dengan baik setiap kali diberi peluang beraksi.

“Pemain-pemain dari skuad Piala Presiden kita juga ramai yang bagus dan mereka sering kali diberi peluang beraksi dalam kesebelasan utama,” tambah David.

Sementara itu, seorang lagi pemain import luar tiba di sini semalam untuk menjalani ujian bersama skuad Sarawak.

Pemain tersebut ialah Teah Dennis merupakan pemain pertahanan kebangsaan Liberia dan baharu berusia 24 tahun.

Beliau akan bersaing dengan dua lagi pemain, Andrei Alexandru Cordos (Romania) dan Vladimir Otasevic (Serbia) yang telah menjalani ujian sejak Isnin lalu untuk mengisi posisi pertahanan selepas Davide Grassi dilepaskan.

Skuad Sarawak akan beraksi sesama sendiri pada perlawanan persahabatan di Stadium Negeri, Petra Jaya di sini malam ini (9.30 malam).