Isu keselamatan eskalator tidak harus dipandang remeh

0
SIMBOLIK PELANCARAN: Hatta (kanan) dan Ling bersama-sama melekatkan tanda keselamatan bagi mengingatkan pengguna untuk berada dalam lingkungan garis kuning eskalator.

SIMBOLIK PELANCARAN: Hatta (kanan) dan Ling bersama-sama melekatkan tanda keselamatan bagi mengingatkan pengguna untuk berada dalam lingkungan garis kuning eskalator.

TA03445tHe Spring dan JKKP anjur ‘Hari Keselamatan Eskalator’

Oleh Sandy Mark Luna //

KUCHING: Isu-isu keselamatan ketika menggunakan eskalator atau tangga bergerak bukan sesuatu yang harus dipandang ringan sama ada oleh pihak pengurusan atau pemilik sesebuah bangunan mahupun para pengguna.

Dalam meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan eskalator dalam kalangan pengguna, pusat beli-belah tHe Spring menganjurkan ‘Hari Keselamatan Eskalator’ dengan kerjasama Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan HPL Elevator, susulan peningkatan kes membabitkan kanak-kanak yang cedera apabila menggunakan jentera pengangkat itu kebelakangan ini.

Sambil memuji inisiatif tHe Spring, Pengarah JKKP Sarawak Mohd Hatta Zakaria berkata, kempen sedemikian wajar dicontohi oleh pemilik premis lain dalam meningkatkan kesedaran mengenai penggunaan eskalator yang betul dalam kalangan pengguna.

Kempen itu katanya, adalah selari dengan yang diperuntukkan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Seksyen 17 yang menetapkan tanggungjawab majikan untuk memberi maklumat secukupnya kepada orang lain selain pekerja.

“Pada tahun ini, JKKP mengadakan Operasi Selamat Penggunaan Eskalator ke atas 555 eskalator di seluruh negeri di mana dalam operasi ini, sebanyak lima surat arahan dan 60 notis penambahbaikan dikeluarkan terhadap eskalator yang tidak memenuhi ciriciri keselamatan sepatutnya.

“Hasil dari operasi ini juga, didapati faktor luaran yang mungkin boleh menyumbang kepada kemalangan eskalator ialah sikap dan kecuaian pengguna itu sendiri melalui statistik kemalangan dilaporkan,” katanya ketika berucap merasmikan Hari Keselamatan Eskalator di tHe Spring, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengurus Besar Perkhidmatan Pengurusan tHe Spring Datin Chris- Oleh Sandy Mark Luna tine Ling, Timbalan Pengarah Khidmat Teknik JKKP Sarawak Arahman Jamel dan Pengurus Operasi Kanan HPL Elevator Sdn Bhd.

Hasil siasatan terhadap 31 kes eskalator yang berlaku sejak lima tahun lalu di seluruh negara mendapati 99 peratus kejadian akibat pemakaian kasut getah lembut manakala di Sarawak, dari tahun 2011 hingga 2016, JKKP merekodkan kemalangan dan kejadian berbahaya berpunca daripada lif adalah tujuh kes dan lapan berkaitan eskalator.

Pada 2013, seorang kanakkanak kehilangan dua jari apabila tersepit pada ‘landing comb’ di salah sebuah pusat beli-belah di Sarawak manakala pada Februari 2016, seorang kanak-kanak berusia tiga tahun parah apabila lima jari kaki putus akibat tersepit di eskalator di Kuala Lumpur.

Hatta turut menyeru ibu bapa agar sentiasa berwaspada semasa menggunakan eskalator termasuk mengawasi anak-anak agar sentiasa berada dalam kedudukan betul iaitu dalam lingkungan garis kuning serta sentiasa berpegang pada susur pemegang.

“Kanak-kanak yang memakai sandal atau kasut getal yang lembut perlu diberi perhatian lebih dan diawasi sebaik mungkin oleh penjaga kerana ia lebih mudah ditarik atau tersangkut pada eskalator yang sedang bergerak,” katanya.

Menurut beliau, kebanyakan eskalator di Malaysia direka bentuk mengikut piawaian ditetapkan seperti pemasangan peranti keselamatan bagi menjamin keselamatan pengguna seperti ‘emergency stop button’, ‘skirt brush’ dan garisan kuning di kedua-dua belah panel.

“Sebenarnya lif dan eskalator merupakan jentera pengangkat paling selamat sekiranya digunakan dan diselenggara dengan betul mengikut peruntukan undang- undang ditetapkan,” katanya.

Pihaknya juga t e l a h menetapkan syarat supaya jentera-jentera itu hanya boleh diselenggara oleh orang atau firma kompeten sahaja di mana ia harus diservis setiap bulan dan diselenggara tiga bulan sekali, katanya sambil menambah, JKKP akan memeriksanya setiap 15 bulan bagi memastikan ia sentiasa selamat digunakan.

Menurut beliau, kebanyakan eskalator di Malaysia direka bentuk mengikut piawaian ditetapkan seperti pemasangan peranti keselamatan bagi menjamin keselamatan pengguna seperti ‘emergency stop button’, ‘skirt brush’ dan garisan kuning di kedua-dua belah panel.

“Sebenarnya lif dan eskalator merupakan jentera pengangkat paling selamat sekiranya digunakan dan diselenggara dengan betul mengikut peruntukan undang- undang ditetapkan,” katanya.

Sementara itu, Ling berkata, pihaknya memikul tanggungjawab untuk meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan eskalator susulan peningkatan insiden berkenaan kebelakangan ini.

Pusat beli-belah itu katanya, mempunyai prosedur operasi standard dalam memastikan keselamatan pengunjung selain memastikan ia diperiksa JKKP setiap tahun.

Bagaimanapun katanya, adalah penting untuk ibu bapa dan penjaga untuk memberi kerjasama dengan mengawasi anak-anak apabila menggunakan eskalator.

“Paling penting, jangan biarkan anak-anak menghampiri atau menaiki eskalator tanpa pengawasan anda,” katanya.

Kempen Keselamatan Eskalator akan mempamerkan video yang memaparkan tips bagaimana menaiki eskalator dengan selamat serta untuk mengamalkan tingkah laku selamat di sekitar eskalator untuk mengelakkan kejadian tidak diingini daripada berlaku.

Pertandingan mewarna kanak-kanak turut diadakan yang dibahagikan kepada kategori umur lima hingga enam tahun dan tujuh hingga sembilan tahun di mana 16 hadiah bernilai lebih RM1,000 ditawarkan.