Maut nahas ngeri

0
REMUK: Pandangan dari hadapan kerata yang remuk dinaiki mangsa akibat bertembung dengan lori treler dalam kemalangan maut itu.

REMUK: Pandangan dari hadapan kerata yang remuk dinaiki mangsa akibat bertembung dengan lori treler dalam kemalangan maut itu.

BERTEMBUNG: Keadaan Proton Wira yang dinaiki mangsa yang bertembung dengan lori treler dari arah Bintulu dalam kemalangan berlaku di Jalan Bintulu-Tatau awal pagi semalam.

BERTEMBUNG: Keadaan Proton Wira yang dinaiki mangsa yang bertembung dengan lori treler dari arah Bintulu dalam kemalangan berlaku di Jalan Bintulu-Tatau awal pagi semalam.

Dua maut, dua cedera ringan kereta bertembung lori treler di Jalan Bintulu-Tatau, semalam.

Oleh Ambrose Rirang //

BINTULU: Dua maut manakala seorang lagi mengalami kecederaan ringan setelah kenderaan jenis Proton Wira dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori treler dalam kemalangan berlaku di Jalan Bintulu-Tatau (berhampiran Rumah Empaling) sekitar jam 5.31 awal pagi semalam.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Tatau berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian  yang terletak lima  kilometer dari balai bersama tujuh anggota diketuai Pegawai Kanan Bomba Kanan 2 Mamat Rhayi.

Sejurus sampai kata jurucakap itu, pasukan memulakan kerja menyelamat serta mengeluarkan mangsa tersepit di celah-celah kenderaan.

“Pemeriksaan  mendapati dua mangsa dikenali sebagai Bail Unyah, 26, dari Rumah Taga, Sungai Upie Sebauh dan seorang lagi mangsa iaitu Alexander Tagar, 25, telah meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang lagi rakan mereka mengalami kecederaan ringan,’’ ujarnya.

Pemeriksaan dijalankan jelasnya mendapati pemandu treler terbabit hanya mengalami kecederaan ringan.

Jelasnya, difahamkan kereta Proton Wira dinaiki mangsa dari arah Sibu manakala lori treler berkenaan dari Bintulu.

“Maklumat awal yang diperoleh daripada saksi kejadian (penduduk tempatan) mendapati Proton Wira dinaiki mangsa memotong sebuah kenderaan lain sebelum bertembung lori treler berkenaan dari arah bertentangan,’’ tambahnya.

Bagaimanapun katanya, kemalangan maut ini masih lagi dalam siasatan polis serta pihak berwajib lainnya bagi menyiasat punca sebenar menyebabkan berlaku kemalangan ini.