Pasukan Revivors UiTM cipta nama wujudkan ‘Junior Enterprise’ pertama di Malaysia

0

Oleh Adriana Mroon Ambrose //

SHAH ALAM: Juara pertandingan Rebuild It Green (RIG), pasukan Revivors dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menapak satu langkah ke hadapan dengan menubuhkan syarikat MYJE Enterprises yang juga merupakan sebuah ‘Junior Enterprise’ dengan menggunakan dana RM40,000 yang telah dimenangi.

MYJE Enterprises ini juga merupakan Junior Enterprise yang pertama seumpamanya di Malaysia dan merupakan syarikat yang tidak berasaskan keuntungan. Pada masa sama, syarikat ini akan menerima bantuan daripada European Confederation of Junior Enterprises dan Brazilian Confederation Brasil Junior.

Pasukan Revivors turut mendaftarkan syarikat itu di bawah jabatan keusahawanan UiTM untuk mengembangkan lagi idea daripada pelajar universiti yang lain.

Rebuild It Green telah dianjurkan oleh CIDB dari November 2015 hingga April lalu dan disertai empat pasukan universiti iaitu Asia-Pacific University, KDU University College Penang, Universiti Kuala Lumpur dan Universiti Teknologi MARA.

Tujuan utama pertandingan ini adalah untuk  membangunkan idea inovatif untuk mengurangkan impak bencana alam, membangun semula kawasan bandar yang mengalami kerosakan dengan lebih cepat menggunakan kadeah yang lebih mapan.