Suspek pergaduhan 2 kumpulan ditahan

0
DITAHAN REMAN: Antara suspek pergaduhan dua kumpulan di Sibu Jaya pada malam 24 Jun lepas.

DITAHAN REMAN: Antara suspek pergaduhan dua kumpulan di Sibu Jaya pada malam 24 Jun lepas.

SIBU: Seorang lelaki mengalami kecederaan di bahagian badan selepas terbabit dalam pergaduhan dua kumpulan di perhentian bas di Sibu Jaya malam Jumaat lepas (24 Jun).

Dalam kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 10.40 malam, berlaku salah faham antara mangsa dan rakan serta sekumpulan lelaki sehingga membawa kepada pergaduhan.

Mangsa mengalami kecederaan di bahagian hidung, kepala dan telinga selepas diserang salah seorang suspek dan dibawa ke Hospital Sibu untuk mendapatkan rawatan.

Bertindak atas maklumat, sepasukan polis telah pergi ke lokasi kejadian dan menahan 14 lelaki masing-masing berusia antara 18 hingga 44 tahun.

Polis turut merampas parang, tiga motosikal dan sebuah kereta. Kesemua suspek terlibat dalam pergaduhan telah ditahan reman selama tiga hari bermula kelmarin (25 Jun) untuk membantu siasatan.