Gagal selamatkan diri

0

Lelaki maut terperangkap dalam kebakaran bengkel di Jalan Ding Lik Kong, Sibu

MAUT: Mangsa dipercayai terperangkap di dalam bengkel semasa kebakaran.

MAUT: Mangsa dipercayai terperangkap di dalam bengkel semasa kebakaran.

// Oleh Andy Sabang //

SIBU: Seorang lelaki maut selepas terperangkap dalam satu kebakaran melibatkan sebuah bengkel di Jalan Ding Lik Kong di sini, malam kelmarin.

Mangsa dikenali Hasmi Belengking, 24, berasal dari Rumah Rawing, Nanga Beguang, Song.

Mayat mangsa ditemui terbaring berhampiran pintu bengkel oleh anggota bomba ketika memasuki bengkel berkenaan bagi melakukan kerja-kerja menyelamat.

Terdahulu, Bilik Gerakan Bomba dan Penyelamat di sini menerima panggilan kecemasan sekitar jam 10.29 malam.

Sebuah jentera pemadam dengan kekuatan sembilan anggota dikerahkan ke tempat kejadian.

Namun, ketika tiba di tempat kejadian api berjaya dipadamkan oleh orang ramai.

Anggota bomba bagaimanapun terpaksa memecah masuk ke dalam bengkel terbabit selepas orang ramai mendakwa terdapat bunyi letupan kedengaran.

Ketika ditemui mangsa dilaporkan dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.