Lapang sasar Sarawak venue acara menembak

0
LAPANG SASAR: Lapang sasar sebagai venue rasmi acara menembak kejohanan SUKMA XVIII di Kuching, Julai depan.

LAPANG SASAR: Lapang sasar sebagai venue rasmi acara menembak kejohanan SUKMA XVIII di Kuching, Julai depan.

KUCHING: Persatuan Menembak Sarawak (PMS) mengadakan Mesyuarat Agung Edisi 2017-2019 di Lapang Sasar Menembak Sarawak di sini.

Mesyuarat tersebut turut dihadiri Presiden PMS, Datuk Abang Abdul Wahab Abang Julai, Timbalan Presiden, Datuk Lee Choon Chin, Naib Presiden, Dr Abdul Rahman Junaidi dan Dr Mahadhir Alhady Sulaiman.

Hadir sama Setiausahanya, Sunny Si dan penolongnya, Keith Chung Ik, Bendahari PMS, Gerald Rentap Jabu serta ahliahli jawatankuasa terdiri Vincent Tang, Morshidi Abdullah, Ian Lee, Neil Parker, Kenny Sim dan Francis Nyurang.

Acara menembak turut dipertandingkan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-18 Sarawak yang akan berlangsung pada 22 hingga 31 Julai depan yang menggunakan lapang sasar itu sebagai venue rasmi kejohanan.

Difahamkan acara tersebut menawarkan sebanyak 26 pingat emas untuk menjadi rebutan setiap kontinjen bertanding.