Guan Eng kekal Ketua Menteri P.Pinang: DAP

0

GEORGE TOWN: Jawatankuasa Negeri DAP Pulau Pinang semalam memutuskan bahawa tiada keperluan untuk Lim Guan Eng meletak jawatan atau mengambil cuti daripada tanggungjawab sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Pengerusi DAP Negeri, Chow Kon Yeow berkata pihaknya memberi jaminan bahawa operasi pentadbiran kerajaan negeri akan berjalan seperti biasa dan tidak akan terjejas berikutan kes rasuah membabitkan Lim.

“Kedua-dua pertuduhan terhadap Lim Guan Eng adalah pertuduhan tanpa asas dan merupakan pendakwaan bermotifkan politik.

“Jawatankuasa Negeri me-nyokong sepenuhnya segala usaha untuk membuktikan bahawa beliau tidak bersalah,” katanya semalam.

Lim semalam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, di sini terhadap dua pertuduhan rasuah berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran. — Bernama