Piala Sarawak 2016: Peminat futsal di Sibu digalak ambil bahagian

0

SIBU: Penyertaan sedang dibuka bagi Kejohanan Futsal Piala Sarawak Bahagian Sibu 2016 yang dijadual berlangsung pada 16 dan 17 Julai depan.

Kejohanan dianjurkan Kementerian Pembangunan Sosial (KPS) Sibu akan berlangsung di Dewan KPS Bukit Lima di sini.

Menurut jurucakap penganjur, Halel Mohd Ibrahim kejohanan itu dibahagikan kepada kategori lelaki dan wanita serta terbuka kepada semua pasukan.

“Kejohanan ini adalah untuk memilih pemain-pemain bagi mewakili Bahagian Sibu ke kejohanan peringkat bahagian di Sri Aman pada September nanti,” katanya di sini semalam.

Bagi kategori lelaki, yuran penyertaan ialah RM180 dan RM120 bagi kategori wanita.

Borang penyertaan boleh didapati di Pejabat KPS, Stadium Tun Zaidi, TN Sports atau Halel Mohd Ibrahim.

Untuk keterangan lanjut boleh berhubung dengan Halel di talian (013-8117850) atau Cik Christy (084-330726).