Yusuf tewas dua aksi awal boling padang

0
TELITI: Pemain perseorangan boling padang Sarawak Yusuf memberi perhatian sepenuhnya ketika saingan acara itu semalam.

TELITI: Pemain perseorangan boling padang Sarawak Yusuf memberi perhatian sepenuhnya ketika saingan acara itu semalam.

KUCHING: Pemain perseorangan boling padang Sarawak Yusuf Amminuddin tewas dalam dua perlawanan ketika menentang wakil dari Melaka dan Perak pada pusingan awal acara tersebut sempena temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-18 semalam.

Yusuf tewas kepada pemain perseorangan Melaka, Muhammad Firdhaus Syah Abdul Mutalib 10-21 pada saingan kedua kategori tersebut di Arena Boling Padang Sarawak.

Beliau sekali lagi tewas pada saingan ketiga pusingan awal di tangan pemain perseorangan Perak, Ahmad Zikry Sazeli 11- 21 yang berlangsung sekitar jam 4 petang semalam.

Sementara itu, pemain perseorangan boling padang wanita Sarawak Nina Hairani Nor Mohammad juga mengalami kekalahan di tangan pemain Perak, Nurul Naelah Borhan 12-21.

Manaka l a pasukan berempat wanita mencatatkan satu kemenangan dan satu kekalahan pada pusingan awal kejohanan tersebut semalam.

Satu kemenangan tuan rumah dicatatkan ketika menentang pasukan Perlis dengan mata 15- 9, manakala kekalahan pasukan Sarawak direkodkan ketika menentang pasukan Perak dengan kutipan mata 15-16.

Pasukan berempat lelaki Sarawak pula beraksi cemerlang apabila berjaya membenam Selangor 13-9 pada pusingan awal acara tersebut.