Boling padang: Sarawak cemerlang pada hari ketiga

0

KUCHING: Skuad boling padang Sarawak cemerlang pada hari ketiga acara itu dipertandingkan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA XVIII) Sarawak 2016 di Stadium Boling Padang di sini semalam.

Wakil perseorangan lelaki tuan rumah, Yusuf Amminuddin mencatat kemenangan mudah 21-4 ketika berdepan pencabar dari Pulau Pinang, Muhammad Amil Mukhris Abdul Malek bagi mengutip dua mata berharga.

Beliau bangkit daripada dua kekalahan pada Khamis lalu tidak berdepan masalah ketika menundukkan lawan.

Sementara itu, kategori empat berpasangan lelaki Sarawak menang 15-6 ketika menentang Kelantan.

Sarawak dibarisi Mohd Samsullaiman, Muhd Naqiuddin Durrani, Abdul dan Mohammad Adib Nazeem cemerlang menewaskan gandingan Mohd Nazrul Azizie, Mohd Shamil Fakhrie, Muhammad Azmi dan Wan Faizran Irfan.

Pemain perseorangan wanita Sarawak, Nina Hairani sekadar meraih satu mata selepas terikat 20-20 dengan Nur Saszwana dari Melaka.

Semua keputusan itu dikeluarkan setakat jam 6 petang.