Sepak takraw: Pasukan wanita Sarawak langkah kanan

0
LANGKAH KANAN: Pasukan sepak takraw wanita Sarawak menumbangkan Pulau Pinang dengan 3-0 pada saingan peringkat kumpulan di Miri semalam.

LANGKAH KANAN: Pasukan sepak takraw wanita Sarawak menumbangkan Pulau Pinang dengan 3-0 pada saingan peringkat kumpulan di Miri semalam.

MIRI: Pasukan sepak takraw wanita berpasukan Sarawak langkah kanan selepas mengalahkan pilihan juara, Pulau Pinang dengan 3-0 dalam saingan peringkat Kumpulan C di Stadium Bandaraya Miri semalam.

Dalam perlawanan regu pertama Sarawak menyaksikan pasukan tuan rumah tewas kepada pasukan lawan dengan 17-21 pada set pertama.

Bagaimanapun, Sarawak mendapat sorakan gemuruh penyokong tuan rumah berjaya menebus kekecewaan dengan menumpaskan Pulau Pinang pada set kedua dengan 25-22.

Pada set ketiga perlawanan, Sarawak turut menunjukkan semangat melawan tinggi dan akhirnya berjaya mengalahkan Pulau Pinang dengan 21-16.

Tuah terus memihak kepada pasukan tuan rumah, Sarawak selepas regu keduanya turut mencatatkan kemenangan bergaya dengan 21-17 pada set pertama perlawanan.

Pulau Pinang yang kecewa dengan kekalahan regu pertama bagaimanapun berjaya menumbangkan Sarawak pada set kedua dengan 21- 18.

Tersentak dengan kemenangan itu, Sarawak kemudiannya berjaya menguasai semula perlawanan selepas memenangi set ketiga dengan 21-14.

Kemenangan penuh bergaya Sarawak ke atas Pulau Pinang mendapat sorakan gemuruh daripada penonton tuan rumah yang memenuhi stadium ketika berlangsungnya perlawanan kedua-dua pasukan.

Regu ketiga Sarawak turut menambah derita Pulau Pinang selepas mengalahkan pasukan lawan dalam set pertama dengan 21-8 dan set kedua dengan 21-15.

Kemenangan set ketiga menyaksikan pasukan tuan rumah menumbangkan Pulau Pinang dengan 3-0.

Pada SUKMA di Perlis dua tahun lalu, Pulau Pinang meraih pingat gangsa dalam acara ini seterusnya menyaksikan kebangkitan Sarawak dalam pasukan wanita.