Budak ditimpa pintu pagar

0
DITIMPA PAGAR: Mangsa menerima rawatan di HUS.

DITIMPA PAGAR: Mangsa menerima rawatan di HUS.

KUCHING: Seorang kanak-kanak bernasib baik apabila terselamat selepas dihempap pintu pagar di kediamanannya di Kota Samarahan, semalam.

Kanak-kanak lelaki berkenaan dikatakan sedang menarik pintu pagar gelongsor apabila insiden sekitar jam 11 pagi tersebut berlaku.

Difahamkan, dia dikatakan bermain seorang diri di hadapan rumah sebelum kejadian itu berlaku.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak oleh keluarga untuk menerima rawatan.

Dia yang mengalami pendarahan di telinga kiri sedang dipantau rapi.