Pasukan tenis Sarawak mengesahkan slot ke final

0

KUCHING: Pasukan tenis Sarawak mengesahkan slot ke final selepas menundukkan Pulau Pinang dengan 2-1 dalam acara berpasukan wanita di Gelanggang Persatuan Tenis Sarawak (SLTA) semalam.

Saingan pada hari ketiga menyaksikan perseorangan pertama tuan rumah, Aslina Chua mudah menewaskan Natalie Loke dengan 6-3, 6-0.

Bagaimanapun, Pulau Pinang tidak mudah berputus asa apabila bangkit menyamakan kedudukan dengan 1-1.

Perseorang an kedua Sarawak, Tan Lin Xin tewas 1-6, 1-6 kepada Michele Khoo sekali gus merapatkan kutipan mata dalam saingan separuh akhir.

Perlawanan kembali sengit apabila kedua-dua pasukan terpaksa bermain dalam set penentuan menerusi acara beregu.

Namun, skuad Bumi Kenyalang tidak mempersiasiakan peluang tersebut untuk memastikan mereka layak ke final.

Gandingan Belinda Chai dan Linda Liong tidak berdepan masalah ketika turun menentang pasangan Pulau Pinang yang diperkuatkan M Bharthie dan Sabrina Gee.

Bagaimanapun, Pulau Pinang terpaksa akur dengan keputusan 6-0, 6-4 yang memihak kepada Sarawak.