Riot lawat tapak pembinaan ILP Serian

0
LAWAT TAPAK: Riot diberi taklimat mengenai projek pembinaan ILP Serian.

LAWAT TAPAK: Riot diberi taklimat mengenai projek pembinaan ILP Serian.

SERIAN: Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem semalam melawat tapak pembinaan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Serian di jalan pintas Serian-Tangga.

Sebelum lawatan itu, beliau diberi taklimat mengenai projek tersebut di Pejabat Daerah Serian.

Apabila siap kelak, ILP Serian yang akan dibina di atas keluasan 60 ekar akan menjadi pusat latihan pertama di bahagian itu yang akan menawarkan kursus latihan sesuai dengan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).

“LILP Serian akan menyediakan modal insan di Sarawak dan memenuhi permintaan 35,000 pekerja berkemahiran diperlukan oleh SCORE,” katanya ketika ditemui di tapak projek.

Untuk memasuki ILP sama ada di Kota Samarahan, Miri atau Bintulu, lepasan sekolah cuma perlu lulus SPM dengan cemerlang tiga subjek termasuk Bahasa Malaysia.

Meskipun syarat kemasukan agak longgar, kementerian tersebut memberi jaminan kualiti pelajar lepasan ILP tidak diabaikan.

Ini juga dibuktikan apabila industri-industri tempatan terus-menerus ‘mengintai’ pelajar ILP meskipun mereka belum tamat kursus.