Lelaki dicekup ketika jual dadah

0
TERBONGKAR: Beg silang digunakan suspek untuk menyembunyikan dadah dirampas.

TERBONGKAR: Beg silang digunakan suspek untuk menyembunyikan dadah dirampas.

LIMBANG: Hasrat seorang lelaki mendapatkan keuntungan dengan menjual dadah tidak kesampaian apabila dia dicekup di hadapan Kedai Rakyat 1Malaysia awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 2.35 pagi itu, suspek berbangsa Cina, 44, ditahan dalam keadaan mencurigakan oleh sepasukan polis dari Bahagan Siasatan Jenayah Narkotik Limbang diketuai Inspektor Muhamad Hadi.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai berkata, polis menemui beberapa peket dadah dipercayai Ketamin, 17 biji pil ekstasi dan 60 biji Erimin 5 yang disembunyi dalam beg silang dipakai suspek.

“Hasil ujian air kencing yang dijalankan ke atas suspek juga  didapati positif Amphethamine,” katanya di sini semalam.

Kes terbabit akan disiasat di bawah Seksyen 39a(1) ADB 1952 dan Seksyen  15(1)(a) ADB 1952.

Dalam kes lain, Mohd Bukhori memberitahu seorang lelaki mengalami kerugian sekitar RM2,100 selepas kediamannya di Batu Biah di sini dipecah masuk pencuri baru-baru ini.

Jelasnya, kejadian itu berlaku ketika mangsa pulang ke Miri lebih seminggu dan kejadian itu baharu disedarinya 11 Julai lepas sekitar jam 9.30 malam.

“Antara barang hilang termasuk pendingin hawa, tong gas, hamper, barangan rumah lain, duit syiling berjumlah RM100 dan nilai  keseluruhannya berjumlah RM2,100,” katanya.

Dedah beliau, dua suspek sudah dikenal pasti dan mereka sudah direman selama empat hari sehingga 30 Julai ini untuk membantu siasatan serta kes disiasat disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Dalam perkembangan lain, Mohd Bukhori berkata tiga lokasi  berasingan digempur dalam Ops Dadu kerana disyaki menjalankan penjualan nombor ekor haram di beberapa kawasan di daerah ini.

“Operasi pertama dijalan sekitar jam 4.40 petang kelmarin di kawasan pusat bandar dan seorang suspek lelaki dtahan dan beberapa peralatan dipercayai diguna bagi tujuan penjualan nombor ekor turut dirampas,” jelasnya.

Selain itu, katanya, dua lokasi di kawasan sempadan Tedungan di sini turut  diserbu dan dua suspek termasuk beberapa peralatan dipercayai digunakan bagi tujuan penjualan nombor ekor turut dirampas.