Siapa juara, Sarawak atau Selangor?

0
TERBAIK: (Dari kiri) Nur Sofea, Cassandra, Esmelda, Audrey, Dewi dan Nur Amira gembira meraih emas pertama buat kontinjen Sarawak dalam acara gimnastik SUKMA XVIII semalam. — Gambar Teo Chi Wei

TERBAIK: (Dari kiri) Nur Sofea, Cassandra, Esmelda, Audrey, Dewi dan Nur Amira gembira meraih emas pertama buat kontinjen Sarawak dalam acara gimnastik SUKMA XVIII semalam. — Gambar Teo Chi Wei

KUCHING: Debaran kian terasa dalam perebutan kedudukan teratas pungutan pingat menyaksikan persaingan sengit antara pendahulu setakat ini kontinjen Selangor dan tuan rumah, Sarawak.

Setakat jam 8 malam semalam, kedua-dua seteru utama itu hanya dibezakan satu pingat emas dengan Selangor mengutip 53 emas, 66 perak dan 54 gangsa manakala Sarawak mengumpul 52 emas, 34 perak dan 49 gangsa.

Tuan rumah terus memberi tekanan dengan tambahan tujuh lagi emas, tujuh perak dan lima gangsa pada hari ke-11 SUKMA Ke-18 semalam.

Kontinjen tenpin boling Sarawak terus gah dengan menyumbang dua lagi emas dalam acara Pasukan Berlima Lelaki dan Wanita berlangsung di Megalane Bowling Centre, Batu Kawa dekat sini semalam.

Setakat ini, Sarawak masih mendominasi acara tersebut dengan kutipan sembilan emas dan tiga perak dan berpeluang menambah koleksi emas apabila turun dalam dua acara terakhir, Masters Lelaki dan Wanita hari ini yang mana atlet negeri diletakkan selaku ‘favourite’ untuk memenanginya.

Di Stadium Tertutup Kota Samarahan, Sarawak menutup saingan dalam acara pencak silat selaku juara keseluruhan selepas mengumpul enam emas, empat perak dan dua gangsa.

Pada hari terakhir semalam, pesilat tuan rumah mengutip satu lagi emas dan empat perak dalam acara silat o l a h r a g a (wiralaga) selepas cemerlang dengan kutipan lima emas dalam acara seni pada hari sebelumnya.

Acara olahraga yang juga berakhir semalam di Stadium Sarawak menyaksikan Sarawak muncul naib juara keseluruhan dengan kutipan lima emas, lima perak dan lapan gangsa hanya dibezakan satu emas dengan juara kontinjen Perak yang mengumpul enam emas, sembilan perak dan lima gangsa.

Sarawak turut menamatkan penantian pingat emas dalam acara angkat berat sumbangan Wyncles Kiring Tom dalam acara Snatch Lelaki Tidak Melebihi 105 Kg.

Impian atlet berusia 20 tahun untuk meraih emas kedua d a l a m acara Clean & Jerk bagaimanapun gagal selepas sekadar meraih gangsa.

Kontinjen Bumi Kenyalang turut menambah satu lagi koleksi emas pada hari terakhir acara memanah dalam kategori Berpasukan Wanita (Pusingan Olimpik) Compound.

Selepas bersaing selama enam hari, pemanah Sarawak berjaya mengumpul tiga emas, dua perak dan tiga gangsa untuk menduduki tempat keempat secara keseluruhan.

Juara dimenangi k o n – tinjen Sabah dengan kutipan enam emas dan lima perak.

Tuan rumah turut menambah dua perak selepas skuad bola tampar lelaki dan wanitanya tumpas dalam aksi final se- malam.

Sejumlah 41 lagi pingat emas terakhir ditawarkan dalam 11 acara sukan dengan Sarawak berpeluang menambah kutipan emas dalam acara tinju, tenis, gimnastik artistik, boling padang dan berbasikal.

Turut berlangsung hari ini perebutan ibu segala emas dalam acara bola sepak antara Wilayah Persekutuan menentang Perak dan acara akhir hoki berpasukan lelaki dan wanita.