Cari jalan untuk dapatkan dana tambahan

MDLBS digesa berbuat demikian termasuk mengkaji semula nilai cukai dikenakan di kawasan seliaannya

// Oleh Andy Sabang //

MUKA BAHARU:  Kaunselor Frederick Taib Ledom menyerahkan dokumen akuan bersumpah kepada Masing sebaik sahaja menandatanganinya semalam.

MUKA BAHARU: Kaunselor Frederick Taib Ledom menyerahkan dokumen akuan bersumpah kepada Masing sebaik sahaja menandatanganinya semalam.

SIBU: Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing menggesa Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) mencari jalan untuk mendapatkan dana tambahan termasuk mengkaji semula nilai cukai dikenakan di kawasan seliaannya.

Masing berkata, dengan cara demikian ia dapat membantu MDLBS menambah jumlah peruntukan diagih kerajaan bagi kegunaan menyedia kemudahan dan perkhidmatan kepada masyarakat.

Beliau juga yakin MDLBS mampu menjana serta meningkatkan dana mereka sendiri memandangkan kawasan seliaannya sangat luas.

“Bagi mengelak kekurangan dana selain hanya bergantung kepada agihan kerajaan, saya mencadangkan supaya MDLBS menilai semula nilai cukai dengan mengikut peredaran semasa.

“Kawasan seliaan MDLBS merangkumi lima kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Dudong, Tamin, Nangka, Kakus dan Bawang Assan. Jadi tidak ada masalah bagi MDLBS menjana pendapatan lebih,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media selepas merasmikan Majlis Istiadat Pelantikan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi serta Ahli Majlis MDLBS di sebuah hotel di sini, semalam.

Hadir sama ialah Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) merangkap Menteri Muda Kesenian dan Kebudayaan Datuk John Sikie Tayai, ADUN Tamin Christopher Gira dan ADUN Pelagus Wilson Nyabong.

Mengambil contoh Lapangan Terbang Sibu, Masing memberitahu bahawa ia sebahagian daripada kelebihan untuk mendapatkan dana tambahan memandangkan ia terletak di kawasan seliaan MDLBS.

“MDLBS perlu mencari ikhtiar bagaimana untuk menghasil dana daripada Lapangan Terbang Sibu,” ujarnya.

Sementara itu, ketika berucap pada majlis tersebut, Masing berkata sudah tiba masanya MDLBS memiliki bangunan sendiri.

Katanya MDLBS boleh membinanya di Sibu Jaya atau di Selanggau memandangkan kedua-dua bandar ini sedang bergerak maju.

“MDLBS tidak harus menumpang di bangunan orang lain kerana sudah tiba masanya untuk memiliki bangunan sendiri,” ujarnya.

Dalam pada itu, seramai 31 ahli majlis MDLBS telah mengangkat sumpah semalam dan daripada jumlah itu, seramai 21 orang adalah muka baharu.

Majlis angkat sumpah diketuai Pengerusi MDLBS yang baharu Sempurai Petrus Ngelai dan Timbalannya Robert Lau Hui Yew.

What do you think of this story?
  • Angry (0%)
  • Sad (0%)
  • Nothing (0%)
  • Interesting (0%)
  • Great (0%)
Print Friendly

 

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Affiliates

 

Supplement Downloads

Member of