Kejohanan Futsal Terbuka KSRRSK pada 27 Ogos ini

0

KUCHING: Kejohanan Futsal Terbuka Kelab Sukan Rekreasi Real Stats Kuching (KSRRSK) 2016 bakal menyingkap tirai saingan pada 27 Ogos ini yang menawarkan hadiah lumayan.

Berlangsung di Sentosa Sports Centre, Jalan Stakan, kejohanan itu bermula seawal jam 8 pagi hingga 6 petang.

Hadiah akan diberikan kepada pemenang tempat pertama sehingga keempat merangkumi wang tunai, piala dan medal.

Menurut Presiden KSRRSK, Mohd Romze Arbi kejohanan itu terhad kepada 24 pasukan sahaja dan penyertaan berdasarkan konsep ‘siapa cepat dia dapat’.

Katanya, ia terbuka kepada warganegara Malaysia melibatkan pemain berusia dalam lingkungan 25 tahun ke atas sahaja.

Bagaimanapun, pendaftaran pemain yang pernah mewakili negara di peringkat kebangsaan, negeri dan bahagian (futsal/bola sepak) dari tahun 2014-2016 tidak dibenarkan.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung terus dengan Zameri Derahim (019-8999116), Ali Sirat (012- 9891106), Amirul Drahman (019-8870770) dan Salihin Sarkawi (016-9603468).

Tarikh akhir penghantaran borang penyertaan ialah pada 19 Ogos ini.