Pemain muda mampu bersaing

0
TERJATUH: Pemain JDT II, Muhammad Hadi Fayyadh terjatuh ketika cuba mengelecek bola di hadapan pemain pertahanan Sarawak, Teah Baysah Dennis pada saingan Piala Malaysia 2016 di Stadium Negeri Kuching malam kelmarin. — Gambar Bernama

TERJATUH: Pemain JDT II, Muhammad Hadi Fayyadh terjatuh ketika cuba mengelecek bola di hadapan pemain pertahanan Sarawak, Teah Baysah Dennis pada saingan Piala Malaysia 2016 di Stadium Negeri Kuching malam kelmarin. — Gambar Bernama

David berpuas hati persembahan pasukannya meskipun sekadar seri menentang JDT II

KUCHING: Pengendali Sarawak, David Usop tetap berpuas hati dengan mutu persembahan pasukannya meskipun sekadar mencatatkan keputusan seri 1-1 ketika melayan kunjungan Johor Darul Ta’azim (JDT) II dalam aksi Kumpulan A saingan Piala Malaysia 2016 di Stadium Negeri malam kelmarin.

Skuad Ngap Sayot yang rata-rata dibarisi skuad mu d a d i l i h a t mamp u mengimbangi perlawanan ketika berdepan pasukan berpengalaman.

“Majoriti pasukan dibarisi pemain-pemain muda dan pemain simpanan namun mereka mampu menandingi JDT II yang lebih berpengalaman.

“Banyak peluang diciptakan tetapi nasib tidak menyebelahi kita,” katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan di sini malam kelmarin.

Beliau tidak menolak faktor pengalaman turut memberi kesan kepada corak persembahan pasukan yang diperkuatkan oleh pemainpemain muda.

Mengulas mengenai baki perlawanan menentang Kedah, David enggan memberi tumpuan dalam perlawanan itu memandangkan Sarawak sudah terkeluar daripada saingan Piala Malaysia musim ini.

“Kita merehatkan pemainpemain utama untuk fokus kepada Liga Super musim ini, sebab kita tidak memberi tumpuan lebih kepada saingan Piala Malaysia 2016 kerana kita sudah terkeluar,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan rasa kesal terhadap penyusunan jadual perlawanan yang dilihat begitu padat.

Katanya, perkara itu sekali gus memberi kesan kepada mutu dan kualiti persembahan pasukan-pasukan.

“Jadual padat, pemainpemain kurang rehat malah jika ada pemain-pemain yang cedera, masa yang ada tidak cukup untuk mereka kembali pulih,” katanya.