Zon Bakong dinobatkan juara PSKPP Miri

0

MIRI: Zon Bakong dinobatkan juara kategori senior Kejohanan Bola Sepak Warga Pendidik Pesta Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran (PSKPP) Miri 2016 di sini semalam.

Kejohanan terbabit berlangsung di Padang Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sarawak.

Tempat kedua dan ketiga masing-masing berpihak kepada Zon Senadin dan Zon Piasau.

Manakala Khairuddin Zatar dari Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Seputi mewakili Zon Bakong merupakan penjaring terbanyak bagi kategori senior dengan empat jaringan.

Bagi kategori veteran, hanya dua pasukan bertanding iaitu Zon Bakong dan Zon Senadin dan juara berpihak kepada Zon Bakong.

Pertandingan bola sepak terbabit disertai oleh empat zon mewakili PSKPP masing- masing iaitu Zon Senadin, Zon Piasau, Zon Lambir dan Zon Bakong.

Ia dibahagikan kepada dua kataegori iaitu senior dan veteran yang dikendalikan oleh PSKPP Zon Piasau.

Antara objektif penganjuran adalah untuk memilih pemain- pemain mewakili Miri ke pertandingan bola sepak Sibuti.

Aktiviti PSKPP terbabit menghimpunkan warga pendidik beberapa zon di sini bagi terlibat sama pada kejohanan berkenaan bukan hanya bertujuan memilih pemain-pemain berpotensi mewakili Miri, tetapi merapatkan silaturahim kalangan mereka.