KPWKM sokong kad khas kenal pasti bayi, ibu susuan

0

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan memberi kerjasama sepenuhnya terhadap cadangan mewujudkan kad khas bagi bayi yang menyusu daripada bukan ibu kandung.

Menteri berkenaan Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata pihaknya bersedia menganjurkan kursus atau ceramah mengenai kepentingan kad itu supaya isu itu lebih difahami masyarakat.

“Kementerian menyokong apa sahaja nasihat daripada ulama untuk memantapkan lagi nilai hidup masyarakat Islam.

“Jika perlu, kami akan memberi penerangan lanjut kepada kaum ibu mengenai perkara itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Sidang Kemuncak dan Pameran Wanita Islam Antarabangsa (WISE) 2016 di sini semalam.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Tan Sri Othman Mustapha dan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata cadangan itu perlu mendapat perhatian Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Katanya, cadangan itu juga wajar dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja, katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kuala Kangsar.

Beliau yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMMO berkata cadangan itu jika dilaksanakan mampu mengelak perkara yang diharamkan oleh Islam seperti perkahwinan sesama saudara sesusuan.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata cadangan itu perlu mendapat perhatian Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Katanya, cadangan itu juga wajar dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja, katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kuala Kangsar, di Taiping.

Beliau yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMMO berkata cadangan itu jika dilaksanakan mampu mengelak perkara yang diharamkan oleh Islam seperti perkahwinan sesama saudara sesusuan. — Bernama