Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut kemalangan

0
TERSADAI: Beginilah keadaan motosikal mangsa selepas bertembung dengan sebuah kereta.

TERSADAI: Beginilah keadaan motosikal mangsa selepas bertembung dengan sebuah kereta.

DEBAK: Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut setelah terlibat dalam kemalangan di KM80 Jalan Betong-Sarikei berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Gayau, Debak dekat sini petang kelmarin (Ahad).

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong memberitahu, kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kenderaan Proton Waja dalam perjalanan dari arah Sarikei memasuki laluan bertentangan dan merempuh motosikal terbabit.

Akibat rempuhan tersebut, penunggang motosikal mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala.

Mangsa, Abdul Rahman Hasbullah merupakan seorang guru di sebuah sekolah di Sarikei dikatakan bersama rombongan motosikal berkuasa tinggi berkonvoi balik selepas menghadiri Samarahan Bike Fest 2016 di Kota Samarahan, disahkan maut di tempat kejadian.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

TARIK PERHATIAN: Orang ramai kelihatan mengerumuni lokasi kemalangan.

TARIK PERHATIAN: Orang ramai kelihatan mengerumuni lokasi kemalangan.