Runtuh dipukul ribut

0
DAHSYAT: Keadaan projek pembinaan kilang baja yang rosak teruk dibadai ribut di Bintulu, petang semalam.

DAHSYAT: Keadaan projek pembinaan kilang baja yang rosak teruk dibadai ribut di Bintulu, petang semalam.

ta04203BINTULU: Rangka sebuah kilang baja yang masih dalam pembinaan di kawasan perindustrian Tanjung Kidurong di sini runtuh dibadai angin kencang dan hujan lebat sekitar jam 3 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Zailanni Amit berkata, tiang dan palang besi turut tumbang dan menghempap beberapa kereta yang diparkir di kawasan sekitar dalam kejadian itu.

“Kejadian petang tadi (semalam) menyebabkan beberapa kenderaan diparkir di kawasan itu dihempap besi bangunan dan rosak, namun tiada kemalangan jiwa dilapor setakat ini,” katanya.

Sementara itu, pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Bintulu bergegas ke lokasi kejadian selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Bintulu berkata, lapan anggota bomba dikerah ke tempat kejadian bersama jentera FRT dan EMRS.

“Begitupun tiada mangsa terlibat dalam kejadian itu,” tambahnya.