Ahmad Zahid khuatir ada dalang dedah maklumat operasi ESSCom

0
MAJLIS PERUNDINGAN ISLAM: Ahmad Zahid bersama anggota panel ekonomi sewaktu menerima resolusi Majlis Perundingan Islam (MPI) daripada Ketua Panel Ekonomi MPI, Tan Sri Muhamad Ali Hashim pada majlis Multaqa Ekonomi MPI di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) semalam. — Gambar Bernama

MAJLIS PERUNDINGAN ISLAM: Ahmad Zahid bersama anggota panel ekonomi sewaktu menerima resolusi Majlis Perundingan Islam (MPI) daripada Ketua Panel Ekonomi MPI, Tan Sri Muhamad Ali Hashim pada majlis Multaqa Ekonomi MPI di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) semalam. — Gambar Bernama

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan kebimbangan jika terdapat pihak yang mend­edahkan kaedah pengop­erasian pasukan keselamatan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESS­Com) sehingga kes penculikan kerap berlaku di kawasan perairan terbabit.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri ber­kata tindakan sedemikian akan membuka kepada pihak musuh ruang dan waktu un­tuk bertindak.

“Saya tidak menuduh tetapi tidak mustahil berlaku,” ka­tanya ketika mengulas insiden rompakan dan penculikan seorang rakyat Malaysia yang merupakan juragan sebuah bot nelayan oleh militan Abu Sayyaf di perairan Semporna berhampiran Pulau Gaya, malam kelmarin.

Bercakap kepada media selepas menutup Multaqa Ekonomi Majlis Perundingan Islam (MPI) di sini kelmarin, Ahmad Zahid berkata pihakn­ya sentiasa berwaspada men­genai Abu Sayaff, kumpulan yang menculik untuk tebusan yang sedang aktif mengumpul dana yang dikhuatiri digu­nakan untuk menyokong kumpulan pengganas dikenali Khatibah Nusantara.

Beliau berkata Khati­bah Nusantara merupakan kumpulan pengganas yang bertindak menyatukan pel­bagai kumpulan pengganas di rantau Asia Tenggara.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, Ruslan Sarapin, 39, diculik enam lelaki bersenjata api ketika menangkap ikan bersama-sama 26 lagi anak kapalnya di perairan berkenaan.

Kumpulan lelaki bersen­jata api yang sama kemudian merompak sebuah lagi kapal nelayan yang dinaiki 19 anak kapal di perairan Tungku, Lahad Datu, setengah jam selepas rompakan pertama.

Beliau dalam pada itu berkata rakyat juga perlu memainkan peranan untuk membendung kejadian culik atau jenayah di kawasan berk­enaan dengan menyalurkan sebarang maklumat kepada pihak berkuasa jika sesuatu yang mencurigakan berlaku di sepanjang perairan sejauh 1,700km itu. — Bernama