PKR mahu Dr Sim atasi segera masalah perparitan di tanah kediaman Jalan Moyan

0

KUCHING: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri mahu Menteri Kerajaan Tempatan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kawa Datuk Dr Sim Kui Hian agar bertindak segera mengatasi masalah perparitan di sebidang tanah kediaman yang terletak di Jalan Moyan, Batu Kawa di sini.

Menurut Timbalan Ketua Pemuda PKR Cawangan Stam-pin Jeffery Mok, terdapat satu aliran semula jadi melalui kawasan tanah tersebut, namun pemilik tanah itu telah menutup saliran itu bagi tujuan memak-simumkan penggunaan tanah.

“Pemilik tanah itu dikatakan kemudiannya menggali parit bagi menukar arus aliran air dan ia juga kemungkinan dibina di atas tanah kerajaan kerana ia di tepi jalan dan juga terdapat tiang elektrik di dalam parit itu.

“Juga, setahu pihak kita, pe-milik tanah tidak ada kelulusan untuk berbuat demikian,” kata-nya pada sidang akhbar di peja-bat parti itu di sini semalam.

Jelas Jeffery, saiz parit baharu yang digali oleh pemilik itu tidak mencukupi untuk menampung kapasiti aliran air malah ia turut menyebabkan berlakunya banjir di kawasan jalan raya berhampiran setiap kali musim hujan.

Sehubungan itu, katanya, keadaan itu mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya kerana mereka kemungkinan akan masuk ke dalam longkang apabila jalan raya ditenggelami air.

“Malah, tiada dinding penghadang dibina di sepanjang longkang itu dan hakisan tanah juga mungkin akan merosakkan struktur jalan raya itu pada masa akan datang,” tegasnya.

Jeffery mendakwa, Dr Sim sebelum ini pernah turun padang bagi menyaksikan sendiri masalah perparitan itu dalam sehingga hari ini, tiada sebarang penyelesaian diambil bagi mengatasi masalah tersebut.

Justeru, jelasnya, amat penting bagi Dr Sim untuk meletakkan masalah perparitan itu sebagai satu keutamaan, lebih-lebih lagi pada masa sekarang sudah menghampiri musim hujan.

“Sekiranya perkara dan masalah ini terus dibiarkan, penduduk di kawasan sekitar itu pastinya akan terdedah bahaya selain menyusahkan pengguna jalan raya di se-kitarnya,” jelasnya.

Untuk tujuan penyelesaian, katanya, Dr Sim perlu meng-arahkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Lembaga Perancangan Negeri (SPA) untuk mengeluarkan surat rasmi kepada pemilik tanah untuk mengatur semula aliran semula jadi yang telah ditutupinya.

Malah, sebagai langkah sementara, Jeffery juga mencadangkan Majlis Perbandaran Padawan (MPP) untuk membina dinding penghadang keselamatan di tepi jalan bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya di kawasan terbabit.