Penunggang motosikal maut digilis lori

0
MAUT: Mangsa yang parah di badannya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

MAUT: Mangsa yang parah di badannya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

KUCHING: Seorang penunggang motosikal terbunuh selepas digilis lori 10 tan di Jalan Batu Kitang di sini semasa dalam perjalanan pulang ke rumahnya petang semalam.

Mangsa dikenali sebagai Jap Kueh Jam berusia 51 tahun dan berasal dari Paku.

Menurut sumber, semasa kejadian mangsa yang menunggang sebuah motosikal dikatakan bergerak dari arah Kota Sentosa sebelum dipercayai dilanggar lori berkenaan yang menuju arah sama.

“Mangsa dikatakan digilis lori berkenaan sehingga menyebabkan dia mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan disahkan meninggal dunia oleh anggota paramedik yang hadir di tempat kejadian,” kata sumber.

Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat.

Siasatan lanjut berhubung kemalangan tersebut masih dijalankan oleh pihak polis.