Chong sifatkan pemimpin keluar DAP, PKR di Sabah ahli politik oportunis

0

KUCHING: Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen menyifatkan barisan pemim-pin yang keluar DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah sebagai ahli politik oportunis.

“Kita amat percaya DAP Sabah akan kembali bersatu dan kukuh berbanding sebelum ini.

“Mereka yang keluar DAP dan PKR dengan alasan mahu memberi sokongan kepada parti tempatan, bagi saya mereka adalah ahli politik oportunis iaitu pandai meng-ambil kesempatan daripada sesuatu keadaan terutama untuk kepentingan peribadi,” katanya.

Beliau berkata demikian  dalam satu kenyataan akhbar semalam sebagai mengulas beberapa pemimpin tertinggi PKR dan DAP Sabah secara rasmi mengumumkan mereka keluar daripada parti masing-masing.

Mereka termasuk Pengerusi PKR Sabah Datuk Seri Panglima Lajim Ukim, Setiausaha Agung Datuk Maijol Mahap, Ketua Penerangan Terrence Siambun dan Ketua Pergerakan Wanita Johair Matlani.

Manakala barisan pe-mimpin DAP pula ialah Timbalan Pengerusinya Joan Goh, Setiausaha Junz Wong, Bendahari David William dan Naib Pengerusi George Hiew.

Mereka mengumumkan pengunduran itu bagi membolehkan sokongan diberikan kepada parti tempatan.

Chong yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa berkata politik kewilayahan atau ‘parti tempatan’ satu lagi bentuk politik perkauman UMNO.

Beliau mendakwa parti itu (UMNO) telah menyemai pendekatan seperti itu bagi memecahbelahkan rakyat dan memperkukuhkan kedudukannya sebagai parti memerintah.

Sentimen kewilayahan dan perkauman tambahnya, juga digunakan oleh parti meme-rintah untuk mengalih per-hatian rakyat terhadap isu-isu nasional yang penting.

Ia juga katanya, bagi merasionalkan amalan kronisme yang jelas merugikan rakyat dan negara.

Menurutnya barisan pe-mimpin yang keluar DAP dan PKR menyokong pendapat bahawa hanya parti politik tempatan sahaja dapat berjuang untuk Sabah.

“Hujah sedemikian sama dengan pendapat Barisan Nasional (BN) selama ini iaitu hanya Melayu dapat berjuang untuk hak-hak Melayu atau hanya Cina boleh berjuang untuk hak Cina.

“Ia dibuktikan bahawa perkauman adalah elemen paling memecahbelahkan rakyat Malaysia dan parti BN menggunakan kewilayahan untuk memburukkan lagi jurang antara rakyat,’ ujarnya.

Chong berkata sejarah juga menunjukkan parti politik tempatan di Sarawak telah menjual hak-hak Sarawak kepada kerajaan persekutuan.

Tambahnya, parti politik tempatan Sarawak merupakan parti yang telah menye-rahkan hak-hak minyak dan gas Sarawak serta menamatkan pendidikan bahasa Inggeris di negeri ini.

Ujar Chong lagi, nilai sebuah parti politik tidak hanya bergantung kepada sama ada ia berasaskan kaum atau wilayah.

Sebaliknya ia bergantung kepada ideologi parti serta rekod perkhidmatan dan perjuangan untuk rakyat, tambahnya.