Kejohanan Warrior HC Terbuka pada 11-13 November depan

0
SERTAI KAMI: Rudy menjemput pasukan-pasukan dari Sabah, Semenanjung Malaysia dan Brunei turut serta pada Kejohanan Hoki Warrior HC Terbuka di Miri sempena karnival hoki Sarawak.

SERTAI KAMI: Rudy menjemput pasukan-pasukan dari Sabah, Semenanjung Malaysia dan Brunei
turut serta pada Kejohanan Hoki Warrior HC Terbuka di Miri sempena karnival hoki Sarawak.

MIRI: Pasukan-pasukan hoki di sini sama ada mewakili persatuan, kelab, sekolah mahupun institut dijemput mengambil bahagian pada Ke­johanan Warrior HC Terbuka di Kelab Rekreasi Petroleum (KRP) pada 11 hingga 13 No­vember depan.

Menurut jurulatih hoki Miri, Rudy Naziri kejohanan tersebut dianjurkan sem­pena Karnival Bergerak Hoki Sarawak 2016.

Ia dianjurkan bersama oleh Kelab Warrior Hockey, KRP Lutong, Kementerian Pela­jaran, Menteri Belia dan Sukan, Majlis Sukan Ne­gara (MSN) dan Persatuan Bekas-bekas Pemain Hoki Sarawak.

Menurut Rudy, terdapat lima kategori iaitu lelaki dan wanita terbuka (sembilan se­belah) lelaki dan wanita bawah 16 tahun (tujuh sebelah) dan veteran (sembilan sebelah).

“Bagi kategori veteran se­tiap pasukan hanya boleh ada dua pemain berusia 34 tahun, tiga pemain antara 35 hingga 39 tahun dan terpulang kepada berapa ramai pemain berusia 40 tahun ke atas dalam pasu­kan mereka,” katanya.

Dalam pada itu, kelab-ke­lab hoki di sekolah, kelab-kelab dan persatuan serta institut adalah dialu-alukan menghantar pasukan mas­ing-masing.

“Selain itu, kita juga mem­buka jemputan kepada pasu­kan dari Sabah, Semenanjung Malaysia dan negara jiran, Brunei turut serta pada kejo­hanan ini,” tambahnya.

Piala dan medal akan diberi kepada tiga pasukan teratas memenangi kejo­hanan manakala penyertaan kategori bawah 16 tahun semua pemain diberikan sijil penyertaan.

Sebagai galakan penyertaan lelaki dan wanita bawah 16 tahun, hadiah khas diberikan seperti Pemain Terbaik, Pen­jaga Gol Terbaik dan Pemain Terbaik Perlawanan Akhir.

Yuran penyertaan semua kategori bawah 16 tahun ialah RM50 bagi setiap pasukan, manakala kategori terbuka dan veteran RM100 setiap pasukan.

Untuk keterangan lanjut boleh menghubungi Rudy (013-8247571), Lina Masir (012-8700563) atau Hairudzi Majidi (013-8470097).