Rampangi Fasa 1 johan boling Pantai Damai

0
DETIK MANIS: Dr Abdul Rahman bersama pemenang selepas tamat Pertandingan Tenpin Boling Antara Ranting Pergerakan Pemuda PBB Pantai Damai di Kuching semalam.

DETIK MANIS: Dr Abdul Rahman bersama pemenang selepas tamat Pertandingan Tenpin Boling Antara Ranting Pergerakan Pemuda PBB Pantai Damai di Kuching semalam.

KUCHING: Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumi­putera Bersatu (PBB) Ranting Rampangi Fasa 1 dinobatkan selaku juara Kejohanan Ten­pin Boling Antara Ranting Pergerakan Pemuda PBB Pantai Damai 2016 di sini semalam.

Naib juara dimenangi Pergerakan Pemuda PBB Ranting Sourabaya Hulu dan diekori rapat Pergerakan Pemuda PBB Bintawa Tengah di tempat ketiga.

Sementara itu, kategori indi­vidu disandang Ketua Pemuda PBB Ranting Sourabaya Hulu, Mohamad Hasfa Salleh.

Menteri Muda Kemuda­han Awam (Elektrik dan Telekomunikasi), Dr Abdul Rahman Junaidi berkata kejohanan itu bukan sahaja menyihatkan badan tetapi mengeratkan hubungan per­saudaraan pemimpin-pem­impin muda ke arah kepimpi­nan dinamik.

“Menerusi pertandingan ini juga membuka peluang kepa­da pemain-pemain berbakat dalam sukan boling menyer­lahkan diri mereka sehingga ke peringkat lebih tinggi.

“Sememangnya aktiviti sukan sama ada permainan atau olahraga penting kepada rakyat dan negara khusus­nya generasi muda,” katanya dalam ucapan ringkas semasa penutupan pertandingan itu di sini semalam.

Dr Abdul Rahman berkata, kerajaan sentiasa berusaha memperkasa program sukan bagi memastikan generasi muda mengamalkan gaya hidup sihat.

Ke j o h a n a n t e r s e b u t merupakan anjuran Perger­akan Pemuda PBB Pan­tai Damai dan Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Pantai Damai.

Sebanyak 19 pasukan meny­ertai kejohanan itu sempena sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2016.