HSN 2016: Langkasuka FT johan Futsal5v5 Zon Bintulu

0

KUCHING: Langkasuka FT muncul johan Futsal5v5 Zon Bintulu sempena Hari Sukan Negara yang diadakan pada Sabtu lepas (15 Oktober 2016) bertempat di Stadium Muhibah, Bintulu.

Ia selepas kejayaan membenam Bakoba FC dengan jaringan 1-0 pada aksi akhir.

Tempat ketiga dirangkul Twister United manakala X Fit tempat keempat.

Langkasuka membawa pulang hadiah wang tunai RM1000 beserta piala dan pingat.

Bakoba berpuas hati dengan RM500, piala dan pingat manakala tempat ketiga meraih RM300, piala dan pingat dan sagu hati berupa pingat untuk tempat keempat.

Langkasuka turut meraih dua anugerah tambahan selepas Azzad Asyraf Victor dan Denyfranklyn Jenta diangkat selaku Penjaga Gol dan Pemain Terbaik manakala Anugerah Pasukan Terbaik dimenangi Bakoba.

Sementara itu, Futsal5v5 Hari Sukan Negara 2016 Zon Miri yang diadakan di Mutiara Futsal Court pada Ahad (16 Oktober) menyaksikan Mayau FT ditabal selaku juara selepas menewaskan Geng Kancang.

Tempat ketiga dirangkul OK yang turut dinobat Pasukan Terbaik dan Intrim menduduki tempat keempat.

Pemenang edisi Zon Miri turut merangkul hadiah sama jumlah dengan zon Bintulu.

Kedua kejohanan tersebut dianjurkan oleh Futbolista Futsal5v5 Group dan kerjasama Philemon Event Management Team.

Kejohanan seterusnya akan diadakan di Sarikei pada 22- 23 Oktober 2016 disusuli di Kuching pada 29 Oktober 2016 bertempat di Stakan Sportcentre.

Untuk maklumat lanjut, hubungi 0143389005.