Rumah dan barang persediaan perkahwinan musnah dalam kebakaran

0
Rumah, barang persediaan perkahwinan musnah dalam kebakaran di Kampung Lintang, Kuching, semalam.

Rumah, barang persediaan perkahwinan musnah dalam kebakaran di Kampung Lintang, Kuching, semalam.

KUCHING: Seorang pengatur cara majlis perkahwinan bukan sahaja kehilangan rumah tempat berteduh, malah turut hilang perkakas serta barang persedi- aan perkahwinan untuk pelamin pelanggannya dalam kebakaran semalam.

Insiden dilaporkan berlaku di Kampung Lintang, Jalan Hashim Jaafar iaitu sekitar jam 6 pagi.

Mangsa, Abdul Khalid Suib atau lebih dikenali sebagai Alex Suib,49, berkata barang-barang persiapan perkahwinan terse- but yang dianggarkan bernilai RM100,000 adalah tempahan pelanggannya sehingga April tahun depan.

“Saya mulanya terhidu bau asap lalu segera ke tingkat bawah dan terkejut apabila melihat api sedang marak.

“Tanpa berfikir panjang, saya terus cuba memadamkankebaka- ran, tetapi api merebak dengan cepatmenyebabkansaya terpaksa melupakan hasrat (memadam api) tersebut dan terus menyela- matkan ahli keluarga saya.

“Tiada barang dapat disela- matkan, termasukbarang-barang persiapan perkahwinan pelang- gan saya yang bernilai mencecah RM100,000,” katanya kepada

pemberita semalam.

Difahamkan, mangsa juga merupakan ahli keluarga kepada isteri Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani.

Pihak bomba juga dikatakan tiba di lokasi kejadian 10 minit selepas panggilan kecemasan dibuat.

“Setiba di lokasi didapati ru- mah kediaman jenis banglo dua tingkat ini telah terbakar pada kadar 90 peratus dan operasi pemadaman menggunakan dua aliran 200 kaki, empat nozel serta sumber air terbuka (sun- gai) yang berdekatan.

“Operasi terkawal pada jam

6.31 pagi dan kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya selepas itudengankekuatananggotasera- mai 20 orang dari Balai Petra Jaya dan Kuching,” kata Ketua Bomba Zon Kuching Tiong Ling Hii.

Menurutnya, tiada kemalangan jiwa dan punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu, Tabung Baitul- mal Sarawak (TBS) yang diwakili Ketua Bahagian Agihan Mohamat Shukri Samor turut tampil meny- erahkan bantuan wang tunai serta makanan kepada mangsa.