400 orang beri sokongan acara larian Pink Run 2016

0
SEDIA: Dr Ngian (kanan) dan Yap (kiri) melakukan simbolik pelepasan peserta Pink Run 2016 di Taman Tasik Sibu, kelmarin.

SEDIA: Dr Ngian (kanan) dan Yap (kiri) melakukan simbolik pelepasan peserta Pink Run 2016 di Taman Tasik Sibu, kelmarin.

SIBU: Seramai 400 orang memberi sokongan dalam acara larian Pink Run 2016 anjuran Pink Ribbon Warriors (Kumpulan Sokongan Bekas Pesakit (Survival) Kanser Payu Dara) dengan kerjasama Malaysia Medical Association (MMA) Cawangan Sibu dan IFIT Fitness Group semalam.

Majlis pelepasan peserta larian disempurnakan oleh Pengarah Hospital Sibu, Dr Ngian Hie Ung dan penasihat jawatankuasa penganjur, Yap Lee Ming di Taman Tasik Sibu, Permai di sini.

Program itu bertujuan mengumpul dana menganjurkan aktiviti kepada bekas pesakit kanser payu dara di Sibu.

Pelbagai pihak tampil memberi tajaan menjayakan program itu termasuk KPJ Sibu, Jaya Tiasa, WTK Holdings Berhad, Lions Club Sibu, CanHope Kuching, Milo (Nestle), Farley, Moma Water dan Busy Bee Agency.

Kumpulan Sokongan Bekas Pesakit Kanser Payu Dara menamakan ‘The Pink Ribbon Warriors’ melambangkan keberanian bekas pesakit melawan penyakit kanser payu dara untuk terus bersama orang yang dicintai.

Kumpulan tersebut ditubuhkan pada 2014 oleh kumpulan doktor dan jururawat Hospital Sibu.

Penubuhan kumpulan itu dirasmikan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Penyelidikan Sains dan Bioteknologi) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, Dr Annuar Rapaee.

Sejak 2014, kumpulan tersebut bergiat aktif menjalankan aktiviti mengutip dana daripada kakitangan di Hospital Sibu dan kumpulan sokongan itu berharap dapat meluaskan perkhidmatan kepada lebih ramai bekas pesakit kanser payu dara terutamanya mereka dari kawasan luar bandar dengan latar belakang sosiaekonomi rendah.