Maut kereta bertembung

0
REMUK: Kedua-dua kereta yang bertembung di atas jambatan yang menghubungkan Jalan Pesisir Pantai Miri-Bintulu, hingga meragut satu nyawa pagi semalam.

REMUK: Kedua-dua kereta yang bertembung di atas jambatan yang menghubungkan Jalan Pesisir Pantai Miri-Bintulu, hingga meragut satu nyawa pagi semalam.

MAUT: Pasukan bomba berjaya mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit, sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Miri.

MAUT: Pasukan bomba berjaya mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit, sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Miri.

Pemuda maut, tiga cedera dua kereta bertembung di Jalan Pesisir Pantai Bintulu-Miri semalam.

Oleh Clare Cinderella //

MIRI: Seorang pemuda maut manakala tiga lagi cedera apabila sebuah kereta Perodua Myvi dan Proton Saga yang datang dari arah bertentangan bertembung di Jalan Pesisir Pantai Bintulu-Miri, berhampiran Kampung Beraya Lama di sini, semalam.

Dalam kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 8.50 pagi itu, ketiga-tiga mangsa menaiki Proton Saga termasuk pemandu hanya mengalami cedera ringan.

Ketiga-tiganya, dua lelaki dan seorang wanita berjaya keluar dari kenderaan mereka.

Bagaimanapun pemandu kereta Perodua Myvi dikenali sebagai Chong Fui Ching, 27, dari Bekenu tersepit di tempat duduk pemandu dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mangsa dikatakan dalam perjalanan dari Miri menuju ke Bekenu manakala kereta Proton Saga datang dari arah bertentangan lalu bertembung di atas jambatan di jalan tersebut dalam keadaan cuaca hujan.

Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Miri diketuai PBKII Sulaiman Julaihi bergegas ke tempat kejadian yang terletak 25 kilometer dari balai, selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang awam jam 8.55 pagi untuk membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit.