Penghuni terkejut pagar rumah dirempuh kenderaan

0
ROSAK TERUK: Keadaan di kawasan kejadian apabila sebuah kenderaan hilang kawalan lalu melanggar pagar sebuah rumah.

ROSAK TERUK: Keadaan di kawasan kejadian apabila sebuah kenderaan hilang kawalan lalu melanggar pagar sebuah rumah.

SIBU: Seorang pemilik rumah di Taman Permai di sini terkejut apabila mendapati sebuah kenderaan pacuan empat roda terbabas dan merempuh bahagian pagar rumahnya.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 12 tengah hari semalam.

Pemilik rumah berusia dalam lingkungan 50-an mendakwa semasa kejadian dia sedang berbaring menonton televisyen.

Dia bingkas bangun dan keluar sebaik sahaja terdengar bunyi dentuman kuat dari arah luar rumahnya.

Difahamkan, pemandu kenderaan terbabit terselamat daripada mengalami kecederaan serius.

Rempuhan tersebut mengakibatkan struktur pagar rumah mangsa rosak teruk.

Selain itu, batang paip yang menyambungkan bekalan air ke rumah mangsa turut rosak.

Namun, punca sebenar kejadian dan nilai kerosakan masih belum dapat dipastikan.