Rumah hampir runtuh akibat mendapan tanah

0
HAMPIR RUNTUH: Keadaan rumah keluarga mangsa yang hampir runtuh dalam insiden tersebut.

HAMPIR RUNTUH: Keadaan rumah keluarga mangsa yang hampir runtuh dalam insiden tersebut.

KUCHING: Sebuah keluarga hilang tempat berteduh selepas rumah mereka di skim penempatan semula Stampin, Jalan Stutong Baru di sini hampir runtuh akibat mendapan tanah semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata kesemua 11 ahli keluarga terbabit berjaya menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan dalam insiden yang berlaku sekitar jam 7 pagi itu.

“Didapati sebuah rumah satu tingkat struktur kekal yang diduduki 11 penghuni hampir runtuh akibat berlaku mendapan tanah di kawasan tersebut.

“Bomba telah membantu mengeluarkan barang-barang milik mangsa ke satu kawasan yang selamat dan kesemua penghuni rumah iaitu empat kanak-kanak, tiga wanita dan empat lelaki berjaya keluar dengan selamat,” katanya.

Difahamkan juga, kesemua ahli keluarga terbabit akan tingal bersama saudara  yang berdekatan sementara rumah mereka masih dibaiki.

Pengawai Jabatan Kebajikan Masyarakat turut hadir di lokasi kejadian untuk menghulurkan bantuan.