Kontinjen DBKU mendapat suntikan semangat hadapi Karnival Sukan PBT

0

KUCHING: Karnival Sukan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Peringkat Negeri Sarawak 2016 telahpun bermula.

Namun, sedikit kelainan buat wakil daripada kontinjen Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) apabila mendapat suntikan semangat daripada Pengarah DBKU Dr Saadiah Abdul Samat.

Beberapa elemen penting diperingatkan beliau kepada peserta sebagai penanda aras untuk merintis kejayaan pada karnival kali ini iaitu berdisiplin dan tampil dengan semangat juang tinggi sepanjang saingan.

Beliau memberitahu perkara tersebut pada sesi taklimat kepada peserta di Auditorium DBKU semalam.

Sebanyak 26 kontinjen mewakili PBT seluruh negeri ini bersaing dalam karnival yang akan berakhir Sabtu nanti.

Seramai 1,398 peserta akan bertanding dalam beberapa acara seperti bola sepak, futsal, badminton, pingpong, catur, sepak takraw, bola tampar dan golf.

DBKU juga merupakan tuan rumah untuk karnival kali ini.