Pelajar Sarawak terpilih mengikuti latihan dengan kelab ternama di UK

0

KUCHING: Pelajar SMK Tabuan Jaya di sini, Muhd Yus r y Ha z iq t e rpi l i h mengikuti latihan di salah sebuah kelab bola sepak ternama di United Kingdom (UK).

Beliau bersama seorang lagi pemain, Adam Roshan dari Kuala Lumpur antara lebih 10,000 pemain yang menyertai program pencarian bakat, Million Dollar Feet (MDF) yang bermula awal tahun ini.

Yusry dan Adam berjaya memukau juri pada pemilihan terakhir yang diadakan pada 23 Oktober lepas di Royal Selangor Club di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Sebelumnya, Yusry telah menyertai pemilihan yang diadakan di Kuching pada 8 dan 9 Oktober lepas di Padang C, Petra Jaya.

Semua kos bagi menerbangkan kedua-dua pemain itu akan ditanggung sepenuhnya oleh MDF.

Selain Kuching, program yang dikendalikan oleh bekas kapten Liverpool, Steve McMahon itu turut diadakan di Pulau Pinang (24-25 September), Kuantan (1- 2 Oktober), Johor Bahru (14-15 Oktober) dan Kuala Lumpur (21-22 Oktober).

Sementara itu, Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) Abdul Wahab Rahim berkata pemilihan Yusry memberi petanda baik kepada bola sepak negeri dalam usaha persatuan meningkatkan lagi mutu bola sepak negeri.

M enurutnya , denga n adanya program pencarian bakat seperti MDF, anakanak muda di Sarawak akan melihat pemilihan Yusry sebagai pemangkin kepada lebih ramai pemain negeri yang bercita-cita untuk menjadi pemain profesional suatu hari kelak.

Beliau juga bersyukur dengan penganjuran program itu di sini sambil menegaskan bahawa tanpa bantuan program seperti MDF, FAS tidak dapat melakukannya bersendirian.

“Lebih banyak program seperti MDF akan membantu membangunkan bola sepak Sarawak dan kami mengalu-alukan semua yang mempunyai idea dan program yang sama untuk datang ke sini sama ada agensi kerajaan, kelab atau akademi,” ujar Abdul Wahab semalam.

“Kami dapat membantu memudahkan penganjuran program jika mereka mahu.

Selagi ia adalah untuk pembangunan bola sepak Sarawak, kami bersedia untuk bekerjasama dengan mereka,” katanya.

Beliau berkata pegawai pencarian bakat FAS sentiasa bersedia mencari pemain terbaik bagi negeri ini, tidak kira di mana pemain itu berada, sama ada di bandar atau di luar bandar.