Sertai Liga Sepak Takraw Terbuka Saribas 2016 pada 2 hingga 4 Dis ini

0

DEBAK: Peminat dan penggiat sukan sepak takraw di negeri ini dipelawa menyertai Liga Sepak Takraw Terbuka Saribas 2016 yang akan dilangsungkan pada 2 hingga 4 Disember ini.

Jurucakap penganjur memberitahu, kejohanan anjuran Unit SABERKAS Debak dan Pemuda PBB N35 Saribas dengan kerjasama Kelab Sukan dan Rekreasi Bungin (KSRB) menetapkan 32 regu menyertai kejohanan kali ini.

“Kami menetapkan hanya 32 regu terawal yang mendaftar bagi mengharungi kejohanan yang terbuka kepada pencinta sukan sepak takraw di Bumi Kenyalang ini.

“Kejohanan ini turut menawarkan hadiah wang tunai RM1,500 berserta piala dan ingat untuk johan selain turut menerima wang tunai RM800 berserta piala dan pingat untuk naib johan.

“Regu yang tewas pada peringkat separuh akhir turut menerima hadiah wang tunai RM300 sekali gus sebagai pemenang tempat ketiga bersama,” kata jurucakap penganjur.

Penganjur turut menetapkan yuran penyertaan sebanyak RM100 untuk setiap regu yang menyertai.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklum balas serta mendapatkan borang penyertaan, sila hubungi Juriza Sujaidi (01119385113) dan Abang Busri Abang Morni (0105268112).

Tarikh tutup penyertaan dan cabutan undi akan diadakan pada 27 November 2016.