Sokong Yusri serlah kehebatan

0
SOKONGAN: Raymond (empat kiri) menyerahkan kasut bola tajaan LSC kepada Muhammad Yusri sambil disaksikan Karim (tiga anan) dan yang lain.

SOKONGAN: Raymond (empat kiri) menyerahkan kasut bola tajaan LSC kepada Muhammad Yusri sambil disaksikan Karim (tiga anan) dan yang lain.

LSC taja peserta terbaik MDF kasut, pakaian sertai sesi percubaan kelab terkemuka di UK

Oleh Nick Fletcher //

KUCHING: Pemilihan anak Sarawak, Muhammad Yusri Haziq Idris dalam program ‘Million Dollar Feet’, mendapat tajaan daripada Lea Sports Centre (LSC), semalam.

Muhammad Yusri yang akan berangkat ke United Kingdom (UK) pada pertengahan November nanti untuk mempamerkan bakat kepada pencungkil bakat dan jurulatih dari kelab besar Eropah di sana, menerima tajaan berupa kasut bola dan pakaian.

Penyerahan tajaan tersebut dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif LSC Raymond Sim kepada Muhammad Yusri dengan disaksikan oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah di pejabatnya, Bangunan Baitulmakmur di Petra Jaya di sini.

Turut hadir Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) Razali Dolhan dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak merangkap Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak Dr Ong Kong Swee.

Muhammad Yusri, 14, berasal dari Kampung Sayung, Limbang merupakan seorang daripada dua peserta terbaik daripada program ‘Million Dollar Feet’ yang dianjurkan MDF Events Sdn Bhd dengan kerjasama FAS.

Seorang lagi ialah Adam Roshan dari Kuala Lumpur, selepas pemilihan dilakukan melibatkan 10,000 peserta yang mengambil bahagian dalam program tersebut yang telah diadakan di seluruh negara pada September hingga Oktober lalu.

Muhammad Yusri yang bersekolah di SMK Tabuan Jaya merupakan pemain pasukan B14 SSN Sarawak yang bersaing dalam Liga KPM 2016 dan pernah menerima tawaran SSM di Johor pada tahun lepas.

Selain itu, beliau juga pernah menerima tawaran untuk menyertai Pasukan B Bukit Jalil di bawah program NFDP/PPBN 2016 anjuran MSN ber sama KPM.

MDF adalah ejen projek mencari bakat-bakat muda untuk sesi percubaan dengan kelab-kelab Eropah dengan idea meletakkan pemain bola sepak Malaysia yang pertama di peta dunia yang bakal berkhidmat dengan pasukan kelab terkemuka di Eropah.