Boling Megalanes Classic Challenge tawar RM3,000 untuk juara

0

MIRI: Pertandingan boling Megalanes Classic Challenge kembali lagi untuk siri kedua pada tahun ini yang menawarkan hadiah wang tunai RM3,000 untuk dibawa pulang oleh juara.

Jurucakap penganjur Jestini Kaboh berkata, pertandingan berkenaan akan berlangsung selama dua hari pada 3 dan 4 Disember depan.

“Selain juara yang bakal menerima RM3,000, kita turut menawarkan hadiah wang tunai untuk tempat kedua dan ketiga yang masing-masing akan membawa pulang RM1,500 dan RM800.

“Ketiga-tiga tempat teratas tersebut masing-masing turut menerima piala.

“Bahkan, tempat keempat hingga ke-20 juga akan menerima hadiah wang tunai iaitu RM500 untuk tempat keempat, diikuti tempat kelima RM350, tempat keenam dan ketujuh (RM250), tempat kelapan hingga ke-12 masingmasing menerima RM100, manakala tempat ke-13 hingga ke-20 pula masingmasing membawa pulang RM50,” jelasnya.

Menurut Jestini, pertandingan terbabit akan menggunakan format 10 pin untuk sepuluh permainan bagi setiap pemain.

Bagi pemain boling tempatan yang mengumpul mata 184 dan ke bawah turut akan memenangi hadiah ‘Local (Miri) Category.’

Hadiah pertama akan menerima RM250, diikuti dengan RM150 tempat kedua dan RM100 untuk tempat seterusnya.

Manakala tempat keempat hingga keenam masingmasing membawa pulang wang tunai RM50.

Empat hadiah ‘Best Bowler’ turut menanti pemenang yang mengumpul mata sekurangkurangnya 185 dan ke atas, mata 171 hingga 184, mata 151 hingga 170 dan mata 150 dan ke bawah.

Setiap pemenang akan menerima wang tunai RM50.

“Pertandingan akan dibahagi kepada dua blok iaitu Blok 1 pada 3 Disember bermula jam 6 petang dan Blok 2 pada hari berikutnya, 4 Disember pada jam 8 pagi,” jelasnya.

Yuran pendaftaran untuk tawaran sehingga 13 November ini bagi keduadua blok adalah RM450 iaitu Blok 1 (RM250) dan Blok 2 (RM200).

Manakala mereka yang membuat pembayaran pada 14 November sehingga 27 November adalah RM480 untuk kedua-dua blok, iaitu Blok 1 (RM280) dan Blok 2 (RM200).

Untuk maklumat lanjut berhubung pertandingan atau pendaftaran, mereka yang berminat boleh menghubungi Jestini menerusi talian 013-8242776 atau Patrick Ng (019-8864323), atau menghubungi pejabat Megalanes East Miri (085- 430141/430142).

Mereka juga boleh menghantar pertanyaan ke alamat e-mel megalaneseast@ yahoo.com.