Suspek utama insiden bunuh Sungai Arip dilanjut reman sehingga sebutan semula

0

MUKAH: Mahkamah Majistret Mukah semalan mengarahkan kes disebut semula ke atas suspek utama kes bunuh di Ulu Sungai Arip, Balingian, Mukah pada 28 Disember 2016.

Tertuduh Galang Imbang, 54 meneruskan tempoh reman sehingga kes disebut semula di Mahkamah Majistret Sibu.

Galang menghadapi pertuduhan bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan pada 8 November lalu di Mahkamah Majistret Mukah namun tiada pengakuan direkodkan dan ia merupakan satu pertuduhan tidak membenarkan ikat jamin.

Sementara itu, tiga lagi suspek masih dibebas dengan jaminan mahkamah dan penjamin tempatan sehingga sebut semula kes di Mahkamah Majistret Mukah pada 19 Disember 2016.

Tertuduh adalah Lasa Lusau dituduh dibawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjatapi.

Seterusnya, Kusau Bugek yang dituduh bawah Seksyen 8 Akta Senjatapi dan ketiganya Kasi Dennis yang dituduh di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Ketiga-tiganya telah dibacakan kesalahan masing-masing pada 8 November lalu di mahkamah sama.

Pihak peguam cara memberitahu semua kes masih lagi menantikan laporan kimia.

Ia dibacakan dihadapan Majistret Saiful Sayoti dan kesemua tertuduh diwakili Peguam Bela Abun Sui Anyit.