Minum racun kerana masalah kewangan

0
STABIL: Mangsa tiba di HUS untuk menerima rawatan lanjut.

STABIL: Mangsa tiba di HUS untuk menerima rawatan lanjut.

KUCHING: Kecewa dengan masalah kewangan dihadapi, seorang lelaki nekad bunuh diri dengan meneguk racun rumpai.

Menurut sumber, insiden jam 4 petang kelmarin itu dikatakan berlaku di sebuah kediaman di Stutong Baru.

“Lelaki yang mempunyai masalah kewangan itu turut dikatakan bergaduh dengan isterinya sebelum kejadian tersebut berlaku,” kata sumber.

Mangsa yang dalam lingkungan usia 30-an itu kemudian dihantar ke Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak di Kota Samarahan untuk menerima rawatan.

Dia kemudian dihantar ke Hospital Umum Sarawak dengan menggunakan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Keadaan lelaki berkenaan dikatakan stabil setakat berita ini ditulis.