APMM Sabah bakal terima kapal OSV dari Jepun tahun depan

KOTA KINABALU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sabah bakal menerima satu daripada dua kapal peronda pesisir pantai (OSV) dari Jepun awal tahun depan, bagi meningkatkan keupayaan operasi agensi terbabit.

Pengarah APMM Wilayah Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som berkata kapal besar sepanjang lebih 90 meter yang dinamakan KM Arau itu bakal ditempatkan di Kota Kinabalu, manakala sebuah lagi dinamakan KM Pekan akan ditempatkan di Kuantan, Pahang.

“Kapal pertama akan sampai pada Januari, manakala kapal kedua akan menyusul selepas itu. Saya difahamkan pada mesyuarat baru-baru ini, salah sebuah kapal itu akan ditempatkan di wilayah Sabah,” katanya kepada pemberita selepas Latihan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAREX) Maritim Sabah dan Labuan di sini semalam.

Mengulas lanjut, Mohd Zubil berkata kedua-dua kapal itu mempunyai kelebihan termasuk berupaya belayar lebih lama selain dilengkapi hangar helikopter.

“Saya menjangkakan kapal ini boleh menjangkau (belayar) lebih 30 hari, boleh berada di laut tanpa bantuan minyak, komunikasi selain boleh mengharungi cuaca (dan laut) bergelora setinggi tiga hingga empat meter,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohd Zubil berkata pihaknya mencadangkan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah untuk mewajibkan pengusaha bot pelancongan memasang Sistem Pengesanan Automatik (AIS) dan sistem radio.

Beliau berkata kedua-dua sistem itu adalah penting bagi tujuan keselamatan selain memudahkan pihaknya menjalankan operasi mencari dan menyelamat dengan cepat jika berlaku sebarang perkara tidak diingini di laut. — Bernama

What do you think of this story?
  • Angry (0%)
  • Sad (0%)
  • Nothing (0%)
  • Interesting (0%)
  • Great (0%)
Print Friendly

 

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Affiliates

 

Supplement Downloads

Member of