4 pasukan rebut Piala Veteran FELCRA

0

MUKAH: Daripada lapan pasukan menyertai Piala Veteran FELCRA 2016, akhirnya empat pasukan menempah ke separuh akhir.

Pasukan terbabit ialah Pekala dan Leetonia dari Kumpulan A manakala Kumpulan B adalah PSKPP Mukah dan Tellian Villa.

Setelah seminggu berehat bagi memberi laluan kepada Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) Mukah menentang Limbang, perlawanan separuh akhir akan bermula pada 5 Disember ini (Isnin).

Pada 5 Disember, Pekala bertemu Tellian Vllla sementara perlawanan separuh akhir kedua pada hari berikutnya PSKPP Mukah menentang Leetonia di Padang Mesra MDDM, jam 4 petang.

Manakala perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat akan berlangsung pada 9 Disember ini.

Perlawanan penentuan juara Piala Veteran FELCRA 2016 pula akan berlangsung pada 10 Disember.

Kejohanan itu bermula pada 12 November lalu disertai lapan pasukan dan dibahagi kepada dua kumpulan.