Tangan pengisar tebu tersepit dalam mesin

0
CEDERA: Mangsa diperiksa pegawai perubatan sebaik sahaja tiba di HUS.

CEDERA: Mangsa diperiksa pegawai perubatan sebaik sahaja tiba di HUS.

KUCHING: Tindakan pantas ahli keluarga berjaya menyelamatkan tangan seorang lelaki daripada hancur selepas tersepit dalam mesin pengisar tebu di Kampung Segedup di sini semalam.

Menurut sumber, mangsa semasa kejadian sedang mengisar tebu untuk dijual dan tidak menyedari beberapa jari tangan kirinya termasuk ke dalam mesin pengisar tersebut.

Mangsa menjerit mengerang kesakitan ekoran insiden berkenaan menyebabkan ahli keluarga berada tidak jauh daripada tempat kejadian segera membantu mangsa.

“Mujur keluarganya bertindak pantas mengeluarkan tangan kiri mangsa daripada mesin pengisar tersebut. Namun tiga jari tangannya dikhuatiri patah,” kata sumber.

Difahamkan, mangsa kemudian dikejar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.