Jadi abu, arang

0
MUSNAH: Anggota bomba memadamkan sisa kebakaran di tempat kejadian.

MUSNAH: Anggota bomba memadamkan sisa kebakaran di tempat kejadian.

MARAK: Api kelihatan marak membakar gudang perabot dan peralatan elektrik berkenaan.

MARAK: Api kelihatan marak membakar gudang perabot dan peralatan elektrik berkenaan.

Gudang perabot dan peralatan elektrik musnah dalam kebakaran di Serian, semalam.

Oleh Sandy Mark Luna //

SERIAN: Sebuah gudang perabot dan peralatan elektrik musnah dalam satu kebakaran di Jalan Tangga By Pass di sini, petang semalam.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Samarahan Azman Julaihi berkata, maklumat mengenai kebakaran itu diterima sekitar jam 4.09 petang oleh pengadu yang datang sendiri ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian.

Pasukan daripada BBP Serian dengan kekuatan 10 orang, diketuai Duno Bunggang bergegas ke lokasi dan tiba beberapa minit kemudian untuk memadamkan kebakaran tersebut.

“Apabila pasukan bomba tiba, api sedang marak membakar gudang tempat penyimpanan perabot dan peralatan elektrik tersebut.

“Kami mengambil masa kira-kira sejam untuk mengawal kebakaran,” katanya.

Beliau berkata sebuah jentera dari BBP Siburan dengan lima anggota turut dikerahkan ke lokasi kejadian.

Punca kejadian dan jumlah kejadian masih disiasat dan tidak ada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.